Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB BERI TEMPOH 12 BULAN UNTUK ISRAEL TAMATKAN PENDUDUKAN DI PALESTIN

DUNIA

PBB BERI TEMPOH 12 BULAN UNTUK ISRAEL TAMATKAN PENDUDUKAN DI PALESTIN

HAMILTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan “tidak sah” Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Wakil Palestin menyambut baik keputusan PBB – AFP

HAMILTON: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan “tidak sah” Israel dalam tempoh 12 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi yang dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar, dengan 124 negara anggota mengundi menyokong, 14 menentang dan 43 berkecuali.

Resolusi ini turut disokong bersama oleh Turkiye serta lebih 50 negara anggota lain, yang menuntut pendudukan Israel ke atas Wilayah Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menyatakan bahawa penempatan haram Israel juga melanggar undang-undang antarabangsa, resolusi itu menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib mereka sendiri di bawah Piagam PBB.

Resolusi itu menegaskan semula bahawa isu Palestin adalah “tanggungjawab kekal PBB” sehingga ia diselesaikan selaras dengan undang-undang antarabangsa, sambil menekankan keperluan segera agar Israel menamatkan pendudukan yang bermula pada 1967.

Resolusi berkenaan seterusnya menyeru Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk membentangkan laporan mengenai pelaksanaan resolusi itu dalam tempoh tiga bulan selepas ia diluluskan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading