HAMILTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata sekatan penuh Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza kini memasuki hari ke-50, memberi amaran tentang keadaan yang semakin merosot yang membahayakan nyawa orang awam, lapor Anadolu Ajansi.
“Hari ini menandakan 50 hari sejak pihak berkuasa Israel menyekat sepenuhnya bekalan masuk ke Semenanjung Gaza,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric pada sidang akhbar.
Memetik Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Dujarric berkata: “Sejak awal Mac, tiada satu trak pun yang membawa makanan, bahan api, ubat-ubatan atau apa-apa keperluan lain telah dibenarkan masuk, walau sepenting mana pun bekalan itu untuk kelangsungan hidup penduduk.”
Beliau memberi amaran mengenai stok makanan yang “sangat rendah” di kawasan itu, Dujarric berkata: “Catuan telah dipotong. Ubat-ubatan penting, vaksin, dan bekalan perubatan kini hampir kehabisan.”
“Ambulans terpaksa mengurangkan perkhidmatan menyelamatkan nyawa kerana hampir tiada bahan api untuk menggerakkan kenderaan itu. Gas memasak telah lenyap dari pasaran. Kedai roti pula terpaksa ditutup,” katanya.
Dujarric memberi amaran bahawa “kesan sekatan penuh – penyekatan berterusan – bantuan kemanusiaan adalah amat dahsyat. Kanak-kanak dan orang dewasa kini kelaparan. Akses kepada rawatan kesihatan semakin lumpuh,” sambil menambah bahawa “serangan terhadap orang awam, termasuk pasukan kecemasan dan petugas bantuan, kembali meningkat.”
Merujuk siasatan dalaman Israel berhubung serangan udara yang mengorbankan petugas bantuan di Rafah, beliau berkata: “Berdasarkan penemuan itu, jelas bahawa terlalu ramai orang awam, termasuk petugas bantuan, telah terbunuh di Gaza.”
“Perlu ada akauntabiliti – akauntabiliti yang serius – untuk semua mereka yang telah melakukannya,” tegasnya, sambil menyatakan bahawa siasatan PBB akan memerlukan mandat khusus.
Mengenai rundingan gencatan senjata, Dujarric berkata: “Apa yang boleh kami harapkan ialah satu persetujuan dicapai agar bantuan kemanusiaan kembali disalurkan ke Gaza tanpa halangan.”
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dimeterai pada 19 Jan.
Secara keseluruhan, lebih 51,200 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023.
Israel menghentikan penghantaran bantuan ke wilayah itu pada 2 Mac, beberapa jam selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata selama 42 hari berakhir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked