PDRM HORMATI HAK BERHIMPUN, UTAMAKAN KESELAMATAN AWAM DI DATARAN MERDEKA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan aman yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Dataran Merdeka dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan tertib.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan aman yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Dataran Merdeka dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan tertib.
“Dalam semangat itu, PDRM komited untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan menghormati ruang awam yang dikongsi bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata kerjasama daripada semua pihak amat dihargai supaya suasana harmoni dapat dikekalkan sepanjang tempoh perhimpunan itu.
Beliau turut menasihatkan peserta perhimpunan untuk sentiasa peka terhadap peruntukan undang-undang sedia ada serta bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan di kawasan sekitar.
“Adalah menjadi harapan kami supaya setiap suara yang dizahirkan dapat disampaikan dalam suasana yang saling menghormati dan berlandaskan nilai kesopanan serta adab masyarakat Malaysia,” katanya.
Mohd Khalid turut menasihatkan masyarakat umum yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan itu supaya merancang perjalanan lebih awal dan menyemak maklumat trafik semasa bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kelewatan susulan aliran trafik dijangka mengalami sedikit perubahan.
“Dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan negara, PDRM ingin memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama, hak-hak kebebasan rakyat akan tetap dihormati.
“Kami percaya bahawa perimbangan antara hak demokrasi dan pemeliharaan undang-undang boleh dicapai melalui kerjasama yang erat dan rasa tanggungjawab bersama,” katanya
Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PDRM, dan menyeru semua pihak supaya terus memainkan peranan secara berhemah dan matang.
“Marilah kita bersama-sama memastikan setiap ruang demokrasi yang terbuka ini dimanfaatkan secara positif demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.
Pada 18 Julai, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima pemakluman penganjuran perhimpunan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi daripada penganjur, dan polis menugaskan lebih 2,000 anggota bagi kawalan keselamatan perhimpunan berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests