Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR HUBUNGI PEMIMPIN THAILAND DAN KEMBOJA, SERU GENCATAN SENJATA

DALAM NEGARA

PM ANWAR HUBUNGI PEMIMPIN THAILAND DAN KEMBOJA, SERU GENCATAN SENJATA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand, bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap ketegangan di sempadan kedua-dua negara tersebut yang semakin meningkat.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand, bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap ketegangan di sempadan kedua-dua negara tersebut yang semakin meningkat.

Menerusi kenyataan di Facebook, Anwar merayu kepada kedua-dua pemimpin itu untuk melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk.

“Atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, saya merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.

“Saya menyambut baik isyarat positif kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini. Malaysia juga bersedia untuk membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama,” katanya.

Menurut Anwar beliam amat yakin bahawa kekuatan Asean terletak pada solidaritinya, dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah bahagi.–ALHIJRAH ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading