Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI JAKIM DIPILIH SEBAGAI IMAM SOLAT TARAWIH DI UNIVERSITI OXFORD

DALAM NEGARA

PEGAWAI JAKIM DIPILIH SEBAGAI IMAM SOLAT TARAWIH DI UNIVERSITI OXFORD

Beliau yang juga mantan Timbalan Imam Besar, Masjid Negara merupakan bekas pelajar Darul Quran JAKIM sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan di Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah.

KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan, Dr Amru Al Haz Adnan telah dipilih sebagai salah seorang Imam solat Terawih sepanjang Ramadan di Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom.

Menurut hantaran di Facebook JAKIM, beliau yang juga mantan Timbalan Imam Besar, Masjid Negara merupakan bekas pelajar Darul Quran JAKIM sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan di Universiti Malaya pada peringkat Ijazah Sarjana serta Doktor Falsafah.

“Selain memimpin solat terawih sepanjang Ramadhan, saya juga diminta menjadi tenaga pengajar asas tahfiz Al Quran di sana,” ujarnya yang juga merupakan bekas Pensyarah Darul Quran JAKIM.

Program penghantaran imam Ramadan dan Aidilfitri dibuat menerusi kerjasama antara JAKIM dan Pusat Islam Oxford hasil inisiatif dan persetujuan bersama Felo di Pusat Pengajian Islam Oxford, Datuk Dr. Afifi Al Akiti.

“Ini adalah satu pencapaian dan pengiktirafan universiti terbaik dunia kepada JAKIM dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh diperingkat antarabangsa,” ujar Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee yang turut hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat berlepas kepada Dr Amru.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading