PEGAWAI TERTINGGI SYARIKAT PENYIARAN DITAHAN REMAN, DISYAKI TERLIBAT PENGUBAHAN WANG HARAM
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuching di kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Perintah reman selama dua hari hingga esok terhadap lelaki berkenaan and seorang wanita yang berusia linkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis Sarawak, hari ini. — fotoBERNAMA
KUCHING: Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching hari ini kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Perintah reman selama dua hari hingga esok terhadap kedua-dua individu yang berumur lingkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Heng Yi Min selepas permohonan dibuat polis Sarawak hari ini.
Pegawai pengurusan tertinggi lelaki dan wanita berkenaan diwakili peguam Datuk Shankar Ram.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuching pada 9.10 pagi, diiringi anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan lima individu termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan menerusi Op Ragada kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Beliau berkata mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun itu ditahan di beberapa lokasi termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak, dengan nilai rampasan aset keseluruhan berjumlah RM17,434,217.
Razarudin berkata tangkapan dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman selepas menerima maklumat risikan kewangan Suspicious Transaction Report (STR) tentang transaksi meragukan melibatkan beberapa akaun bank dalam tempoh 2017 hingga Sept 2024.
Beliau berkata modus operandi dilakukan ialah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan kesalahan pecah amanah jenayah, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests