Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WUJUD UNSUR KECUAIAN PENGASUH TASKA, TINGGAL BAYI TANPA PEMANTAUAN – POLIS

DALAM NEGARA

WUJUD UNSUR KECUAIAN PENGASUH TASKA, TINGGAL BAYI TANPA PEMANTAUAN – POLIS

Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.  

SHAH ALAM: Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.  

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Akmalrizal Radzi berkata siasatan awal mendapati kecuaian atau pengabaian pengasuh adalah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama. 

“Siasatan masih berjalan dan setakat ini enam keterangan telah diambil termasuk daripada suspek iaitu pengasuh. Kita juga dalam proses untuk melakukan tangkapan terhadap suspek.

“Polis juga masih menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kertas siasatan telah dirujuk ke Bahagian D5 (Pendakwaan/Undang-Undang) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor susulan terdapat beberapa arahan yang perlu diambil sebelum ia dikemukakan ke pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Mohd Akmalrizal dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di sebuah klinik di Bandar Saujana Putra di Kuala Langat pada 3.29 petang, 3 Jan lepas mengenai seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh pengasuh taska ke klinik terbabit.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup pada Selasa lepas (7 Jan). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading