Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEJALAN KAKI MAUT DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

PEJALAN KAKI MAUT DIREMPUH KERETA

KUALA TERENGGANU: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam nahas di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, malam tadi. 

Kemalangan kira-kira jam 8.45 malam itu menyebabkan mangsa Hamidi Jusoh, 46, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan. 

Ketika kejadian, kereta jenis Proton Saga Iswara Aeroback menuju Bandar Kuala Terengganu tidak sempat mengelak mangsa yang tiba-tiba melintas jalan dari sebelah kanan. 

Namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta yang berusia 21 tahun itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar Hamidi menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada cermin hadapan kenderaan. 

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak 17 meter ke hadapan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lelaki tidak tercedera.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Ismail Man ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading