Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEKERJA STESEN MINYAK DIPENJARA SELEPAS SALAH GUNA SUBSIDI BUDI MADANI DIESEL

JENAYAH

PEKERJA STESEN MINYAK DIPENJARA SELEPAS SALAH GUNA SUBSIDI BUDI MADANI DIESEL

Seorang pekerja stesen minyak dipenjara lapan bulan dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan nombor MyKad milik orang lain bagi mendapatkan subsidi BUDI MADANI Diesel.

LAHAD DATU: Seorang pekerja stesen minyak dipenjara lapan bulan dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan nombor MyKad milik orang lain bagi mendapatkan subsidi BUDI MADANI Diesel.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki itu ditahan bersama dua rakan sekerjanya termasuk seorang wanita pada Jumaat lalu, namun kedua-duanya dijadikan saksi pendakwaan.

“Polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendapati kuota subsidi BUDI MADANI Diesel miliknya digunakan sebanyak empat kali melibatkan 43.01 liter tanpa pengetahuannya.

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan mendapati modus operandi suspek adalah apabila pelanggan datang mengisi bahan api menggunakan MyKad untuk bantuan subsidi, suspek akan mencatat nombor MyKad pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek kemudian menggunakan kata laluan penyelia untuk memasukkan nombor MyKad berkenaan ke dalam sistem BUDI MADANI Diesel tanpa menggunakan kad fizikal sebelum subsidi itu digunakan bagi pembelian bahan api oleh pelanggan yang tidak layak.

“Suspek akan memasukkan nombor MyKad orang lain dengan harga subsidi dan mengaut keuntungan secara salah,” katanya.

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berwaspada ketika menyerahkan MyKad bagi urusan pembelian bahan api serta segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan subsidi BUDI MADANI. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading