Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR IPTA, IPTS BALIK KAMPUNG MULAI MALAM INI

DALAM NEGARA

PELAJAR IPTA, IPTS BALIK KAMPUNG MULAI MALAM INI

KUALA LUMPUR: Seramai 1,128 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), akan balik kampung dalam tempoh 24 jam bermula malam ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam ini, manakala 265 pelajar akan dihantar pulang dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.

“Proses penghantaran pulang itu melibatkan sembilan universiti, 49 buah bas, ke 17 destinasi.

“Bas akan disanitasi tiga jam sebelum bertolak ke destinasi, selain bagasi yang dibawa pelajar terbabit juga akan disanitasi,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini hari ini.

Beliau berkata setibanya pelajar di ‘drop-off’ point sekitar pukul 9 pagi esok, hanya seorang ahli keluarga yang mempunyai kenderaan dibenarkan mengambil pelajar tersebut, manakala bagi mereka yang tiada kenderaan, pihak barisan hadapan akan menghantar pelajar terus ke rumah masing-masing. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading