Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 100 KES PULIH HARI INI, 38 KES BAHARU

DALAM NEGARA

COVID-19: 100 KES PULIH HARI INI, 38 KES BAHARU

PUTRAJAYA: Sejumlah 100 kes COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, manakala tidak ada kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes yang dibenarkan discaj hari ini hampir dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.          

“Sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading