KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri menjemput pendakwah terkenal Ebit Lew, yang kontroversi berikutan isu pemberian bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), untuk bertemu dengannya.
Zulkifli berkata pertemuan yang turut dipanjangkan kepada pihak lain yang berkaitan itu, bertujuan mencari penyelesaian terbaik bagi urusan bantuan kepada umum yang menjadi polemik rakyat, termasuk umat Islam.
Katanya, pemberian bantuan boleh dilakukan secara sembunyi atau terbuka berdasarkan kepada keadaan.
“Saya mengambil kesempatan di sini dengan mengajak semualah, kepada sahabat-sahabat kita termasuk Ebit Lew supaya boleh bertemu dengan saya untuk sama-sama kita bincang ke arah yang lebih baik lagi sebab perkara yang baik itu sudah tentu akan ada ujian dan cabaran.
“Saya harap beliau bersabar… InshaAllah, keadaan yang lebih harmoni berlaku dengan sebaik-baiknya bagi semua pihak. Kepada yang bertanya, tak puas hati, di sini mungkin (terjadi) kerana isu-isu yang tidak kita dapat selesaikan dengan baik.
“InshaAllah, mengambil semangat Ramadan Al-Mubarak dengan hati terbuka, marilah kita bermaaf-maafan. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih dengan niat untuk membantu saudara-saudara kita,” katanya kepada AlHijrah Online di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.
Ebit Lew menjadi kontroversi umum apabila ada pihak tidak menyenangi dan menegur pendakwah terkenal itu berhubung cara beliau menyampaikan bantuan kepada golongan susah dan menayangkannya melalui media sosial.
Video pemberian bantuan yang tular itu dikatakan tidak sesuai dan boleh menimbulkan aib pihak dibantu. Bagaimanapun, majoriti rakyat Malaysia menyokong tindakan Ebit Lew itu.
Zulkifli berkata bersedekah atau memberi bantuan secara terbuka atau sembunyi adalah dibolehkan.
“Berkenaan dengan sedekah sama ada baik secara sembunyi atau terang, masalah ini dalam al-Quran dan nas menyebut dua perkara, sama ada bersembunyi boleh atau terang-terangan pun boleh. Yang paling penting antara kedua-duanya adalah keikhlasan.
“Begitu juga jangan mengungkit-ngungkit dan menyebabkan dia (orang dibantu) merasa malu dan rasa tak selesa,” kata menteri agama itu.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bantuan secara terbuka itu seharusnya dilakukan dengan tujuan supaya kebaikan itu diikuti.
“Seolah-olah dengan sebab pemberian secara terang-terangan ini, maka dia menjadi galakan kepada yang lain. Maka ini adalah satu perkara yang baik. Sekurang-kurangnya dalam zaman sekarang ini dari segi integriti kerana bimbang kalau buat senyap, orang akan kata bantuan tak sampai atau ambil duit itu sendiri atau seumpamanya.
“Jadi bila tunjuk walaupun secara umum, sekurang-kurangnya menafikan perasaan tak puas hati itu, maka di sini juga penting tetapi betulkan niat dan begitu juga cuba selaraskan dengan badan berautoriti supaya tidak timbul lagi perkara (syak) wasangka,” katanya.
Zulkifli juga menasihatkan kepada semua pihak, individu atau badan bukan kerajaan (NGO), berhubung dengan pihak berkuasa negeri atau persekutuan bagi memastikan bantuan dapat diselaraskan.
“Kami di JPM (Jabatan Perdana Menteri) terbuka dan sedia bekerjasama dengan ruang lingkup mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan prosedurnya.
“Kita bimbang apa yang kita lakukan mungkin tidak bersamaan dengan badan berautoriti negeri masing-masing. Jadi bila kita boleh selaraskan dengan memaklumkan kepada mereka sekurang-kurangnya tindakan itu sealiran, bersekali atau bersepadu. Sasaran (bantuan) yang hendak disampaikan itu disampaikan kepada yang berhak dan yang lain juga tidak dinafikan,” katanya.
Ditanya mengenai gerak kerja Baitulmal dan badan zakat negeri ketika PKP, Zulkifli memuji pihak terbabit di atas kepedulian dan kecaknaan membantu kelompok terjejas akibat kesan COVID-19. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Ada pulak pihak yang tidak menyenangi dan menegur pendakwah. Masyaallah! Orang tu buat kerja baik kerja amal. Tolong orang susah. Puasa puasa ni insaflah. Sudah sudahlah nak fikir buruk kat orang. Buang sikap buruk hasad dengki.
Zulkifli
29 April 2020 at 10:12 PM
Tabiat orang kita melayu (segelintir) klu tidak mengata berburuk sangka tidak berasa tenang dan tenteram hati mereka tak kira dia ustaz kah imam kah orang awam kah atau apa pun dia.. hasad tu masih tetap saja ada.. astaghfirullah..
Zuzaini
29 April 2020 at 10:13 PM
Wartawan tak ada adap langsung panggilan Ke atas ulama Dato Dr Zulkifli hanya dengan panggilan Zulkifli jer. tengokk nama penulis Sywd Azwan Syed Ali macam islam atau nama jer islam ke aper?
Admin
29 April 2020 at 11:17 PM
salam. terima kasih atas teguran. pun begitu ia bukan soal adab tetapi penulisan berita di mana pengulangan kali kedua adalah nama sahaja. Gelaran termasuk Tan Sri, dato, haji, hajah, ustaz etc tidak digunakan (pengulangan ke2). Salam Ramadan dan selamat berpuasa. Terima kasih.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Sharifah alhabshi
26 April 2020 at 8:24 PM
Ada pulak pihak yang tidak menyenangi dan menegur pendakwah. Masyaallah! Orang tu buat kerja baik kerja amal. Tolong orang susah. Puasa puasa ni insaflah. Sudah sudahlah nak fikir buruk kat orang. Buang sikap buruk hasad dengki.
Zulkifli
29 April 2020 at 10:12 PM
Tabiat orang kita melayu (segelintir) klu tidak mengata berburuk sangka tidak berasa tenang dan tenteram hati mereka tak kira dia ustaz kah imam kah orang awam kah atau apa pun dia.. hasad tu masih tetap saja ada.. astaghfirullah..
Zuzaini
29 April 2020 at 10:13 PM
Wartawan tak ada adap langsung panggilan Ke atas ulama Dato Dr Zulkifli hanya dengan panggilan Zulkifli jer. tengokk nama penulis Sywd Azwan Syed Ali macam islam atau nama jer islam ke aper?
Admin
29 April 2020 at 11:17 PM
salam. terima kasih atas teguran. pun begitu ia bukan soal adab tetapi penulisan berita di mana pengulangan kali kedua adalah nama sahaja. Gelaran termasuk Tan Sri, dato, haji, hajah, ustaz etc tidak digunakan (pengulangan ke2). Salam Ramadan dan selamat berpuasa. Terima kasih.