Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR KOLEJ MAUT TERJATUH JEJAMBAT LEBUH RAYA SELEPAS TERBABAS

DALAM NEGARA

PELAJAR KOLEJ MAUT TERJATUH JEJAMBAT LEBUH RAYA SELEPAS TERBABAS

Seorang pelajar kolej swasta maut selepas terjatuh dari jejambat pada ketinggian 21 meter apabila motosikal ditunggangnya terbabas di susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

SHAH ALAM: Seorang pelajar kolej swasta maut selepas terjatuh dari jejambat pada ketinggian 21 meter apabila motosikal ditunggangnya terbabas di susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian pada 10.40 pagi berlaku selepas motosikal ditunggang pelajar lelaki berusia 19 tahun itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan semasa melalui selekoh dari Persiaran Mokhtar Dahari ke susur 1/B 0.5 lebuh raya itu.

“Impak kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman menerusi talian 017-2836851 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading