Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA INDIVIDU DIRAKAM KETERANGAN BANTU SIASATAN BUDAK MAUT JATUH PANGSAPURI

DALAM NEGARA

TIGA INDIVIDU DIRAKAM KETERANGAN BANTU SIASATAN BUDAK MAUT JATUH PANGSAPURI

Polis telah merakamkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Khamis lepas.

Gambar ARKIB.

KUALA LUMPUR: Polis telah merakamkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mereka terdiri daripada bapa dan ibu saudara serta rakan ibu mangsa manakala keterangan ibu kanak-kanak itu masih belum diambil berikutan berada di Perak bagi menguruskan pengebumian anaknya.

Beliau berkata selain ibu mangsa, terdapat tiga lagi saksi kejadian yang akan direkodkan keterangan iaitu jiran mereka yang terdengar bunyi terjatuh serta bising.

“Pegawai penyiasat kes masih dalam tindakan melengkapkan siasatan. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah semua keterangan dan tindakan selesai diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada 4.42 petang itu, mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki oleh orang awam selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas pangsapuri berkenaan.–AlHijrah Onlinee


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading