Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LELAKI DIDAKWA BUNUH ANGGOTA POLIS

DALAM NEGARA

EMPAT LELAKI DIDAKWA BUNUH ANGGOTA POLIS

Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di Alor Setar, pada 3.43 petang, 7 Ogos lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

ALOR SETAR: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis, awal bulan ini.

Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25, dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah di Taman Golf, di sini pada 3.43 petang, 7 Ogos lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Nov depan untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading