Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENDAKI MALAYSIA DISELAMATKAN SELEPAS ALAMI HIPOTERMIA DI GUNUNG SAGARA, INDONESIA

DUNIA

PENDAKI MALAYSIA DISELAMATKAN SELEPAS ALAMI HIPOTERMIA DI GUNUNG SAGARA, INDONESIA

Seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu.

Sumber: Media Indonesia

JAKARTA: Seorang remaja perempuan warganegara Malaysia berusia 16 tahun diselamatkan selepas rebah akibat hipotermia ketika mendaki Gunung Sagara, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Sabtu.

Menurut polis tempatan, remaja itu pengsan di Pos Empat laluan pendakian berhampiran Kampung Sagara sekitar 1 tengah hari waktu tempatan ketika bersama beberapa rakannya.

Polis Garut menjelaskan, remaja itu berjaya diselamatkan oleh Ketua Unit Jenayah Khas, Inspektor Hadiansyah yang kebetulan berada di laluan pendakian sama.

Walaupun sedang bercuti, beliau telah mengambil masa lebih sejam untuk membawa mangsa turun ke Pos Satu, sebelum seterusnya dibawa ke tapak perkhemahan utama.

“Remaja itu menerima rawatan awal dan kembali sedar sebelum dibawa ke pusat kesihatan untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan polis.

Sehubungan itu, Polis Garut mengingatkan orang ramai supaya memastikan tahap kesihatan berada pada paras terbaik serta dilengkapi peralatan sesuai sebelum melakukan aktiviti pendakian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading