Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR MAUT DIPERCAYAI JATUH BANGUNAN, POLIS JALANKAN SIASATAN MENYELURUH

DALAM NEGARA

PELAJAR MAUT DIPERCAYAI JATUH BANGUNAN, POLIS JALANKAN SIASATAN MENYELURUH

Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di daerah Papar, pada Rabu lepas.

PAPAR: Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini pada Rabu lepas.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Papar Supt Kamaruddin Ambo Sakka meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu proses siasatan polis dan menghormati perasaan keluarga mangsa yang sedang berduka atas kehilangan pelajar tersebut.

Beliau berkata mangsa yang merupakan penghuni asrama sekolah berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya dipercayai terjatuh dari bangunan pada kira-kira 3 pagi.

“Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian pada 8.16 pagi dan mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Hari ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di sini yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama tersebut.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian melibatkan pelajar perempuan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading