Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMUDA DITAHAN TANAM BAYI DI KAWASAN BUKIT DI CAMERON HIGHLANDS

DALAM NEGARA

PEMUDA DITAHAN TANAM BAYI DI KAWASAN BUKIT DI CAMERON HIGHLANDS

Seorang pemuda ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di kawasan berbukit berhampiran rumahnya di Kampung Melayu Desa Kayangan, Brinchang, Cameron Highlands, semalam.

KUANTAN: Seorang pemuda ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di kawasan berbukit berhampiran rumahnya di Kampung Melayu Desa Kayangan, Brinchang, Cameron Highlands, semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt  Azri Ramli berkata mayat bayi itu ditemukan kira-kira pukul 10 pagi oleh bapa suspek ketika melalui kawasan tangki air di belakang rumah mereka.

“Bapa suspek terlihat kawasan tanah yang seperti baru dikorek sebelum ternampak kain putih yang membaluti bayi itu, lalu menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di inap desa mengaku menanam bayi berkenaan yang baru dua hari dilahirkan oleh kakak tirinya yang berusia 21 tahun.

“Suspek turut menunjukkan lokasi dia menanam uri bersama bayi itu. Polis menahannya kira-kira pukul 5.30 petang di rumah dan merampas beberapa peralatan seperti cangkul dan penyodok yang digunakan untuk menggali tanah,” katanya.

Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan kematian bayi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading