Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN DUA MAUT TERJATUH TINGKAT LAPAN BANGUNAN SEKOLAH

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN DUA MAUT TERJATUH TINGKAT LAPAN BANGUNAN SEKOLAH

GEORGE TOWN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading