Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT DILANGGAR LARI, POLIS TAHAN PEMANDU LELAKI

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT DILANGGAR LARI, POLIS TAHAN PEMANDU LELAKI

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil di sini Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil di sini Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata pemandu berusia 31 tahun itu ditahan ketika hadir di JSPT Kuala Lumpur pada Isnin untuk memberi keterangan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, tiga beranak tersebut terjatuh di atas jalan raya selepas motosikal jenis Honda Beat ditunggang mereka dilanggar kereta milik suspek.

“Ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berumur tujuh tahun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta berdurasi 28 saat dengan kapsyen mendakwa kereta itu berhenti seketika kemudian membuat pusingan U dan beredar selepas kejadian berlaku.

Rakaman itu, memaparkan kereta jenis BMW 5 Series yang dipandu laju telah merempuh sebuah motosikal sebelum berhenti agak jauh dari kawasan insiden. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading