Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TV ALHIJRAH-DARUL FIKIR MENELUSURI SEJARAH IQRA DI JOGJAKARTA

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH-DARUL FIKIR MENELUSURI SEJARAH IQRA DI JOGJAKARTA

Usaha menerbit, mencetak dan menyebarkan metod Iqra di Malaysia satu usaha memartabatkan pembelajaran al-Quran dalam bentuk Rasm Uthmani yang lebih kondensif di Malaysia.

JOGJAKARTA: Stesen kandungan Islam utama Malaysia, TV AlHijrah menelusuri sejarah dan perkembangan Iqra di Jogjakarta dalam program Destinasi Kembara Warisan IQRA, di Purbayan, di sini.

Destinasi Kembara Warisan yang diterbitkan dengan kerjasama Darul Fikir dan Yayasan Tim Tadarus Angkatan Muda Masjid-Musholla (Yayasan AMM) itu berlangsung selama empat hari pada 18 hingga 21 Nov ini.

Kembara tersebut turut mendalami pengasas Iqra, Allahyarham As’ad Humam dalam usahanya memperkenalkan metode Iqra yang diguna pakai di serantau dunia termasuk Malaysia.

Pengasas Iqra, Allahyarham As’ad Humam

Pengurus Penerbitan yang juga Pengurus Akademi al-Quran Darul Fikir, Amran Mohammad berkata, usaha menerbit, mencetak dan menyebarkan metod Iqra di Malaysia satu usaha memartabatkan pembelajaran al-Quran dalam bentuk Rasm Uthmani yang lebih kondensif di Malaysia.

“Usaha yang diketengahkan melalui metode Iqra ini dapat membasmi pelajar-pelajar daripada buta huruf al-Quran.

“Pelbagai inovasi mengikut peredaran zaman telah diaplikasikan dalam keluaran Iqra antaranya kitab Iqra beserta kod QR yang disertakan bacaan pembimbing,” katanya.

Lawatan di Purbayan, Jogjakarta itu turut melihat lokasi Wisma AMM, Gedung Dakwah, Depot IQRA yang menjadi lokasi awal penyebaran Iqra, Sekolah Luar Biasa (SLB) Islam Qothrunnada, Yayasan Pendidikan Islam Nur Aini (YAIDINA), Taman Kanak-Kanak (TK) Kibar.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed, kerjasama bersama Darul Fikir menerusi kembara itu dapat menjalinkan sinergi antara Yayasan AMM yang merentas negara.

“TV AlHijrah turut mengambil tanggungjawab dalam menyebar luaskan Iqra di media sosial khususnya TikTok dalam kandungan ‘IQRA: Saya Baca Anda Ikut’.

“Kandungan itu menampilkan pempengaruh al-Quran, Ammar Mukhlis, Tilmiz Fahmi dan Tilmizah Magfirah yang juga merupakan peserta Akademi Qurra’ musim yang pertama,” katanya lagi.

‘IQRA: Saya Baca Anda Ikut’ akan menyajikan 77 episod yang meliputi silibus Iqra 1 hingga 6, yang dimuat naik setiap hari di TikTok TV AlHijrah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading