MIHAS@DUBAI SERLAH KEPIMPINAN, KEPAKARAN MALAYSIA DALAM INDUSTRI HALAL KE PASARAN GLOBAL
DUBAI: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai akan menyerlahkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam industri halal kepada khalayak global.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menijau Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai.
DUBAI: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai akan menyerlahkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam industri halal kepada khalayak global.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dengan membawa acara ikonik itu ke Dubai, pihaknya dapat menjangkau khalayak global yang pelbagai, mengembangkan capaiannya dan mewujudkan peluang-peluang rangkaian serta kerjasama baharu.
“Hari ini merupakan satu peristiwa bersejarah, menandakan kali pertama MIHAS dianjurkan di luar Malaysia. Ini benar-benar sebagai detik perintis bagi kita semua.
“Keputusan untuk menganjurkan MIHAS di luar Malaysia buat kali pertama menunjukkan komitmen kita untuk meluaskan pengaruh Malaysia dalam industri halal pada skala global. Ia mencerminkan cita-cita kita untuk mempamerkan industri halal Malaysia kepada dunia,” kata beliau dalam ucapan alu-aluannya di majlis pelancaran MIHAS@Dubai 2024 di sini, hari ini.
MIHAS@Dubai 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata penganjuran MIHAS di Dubai adalah keputusan strategik untuk memanfaatkan peranan Dubai sebagai hab perdagangan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).
“Selepas 20 edisi yang berjaya di Malaysia, pengembangan ini mencerminkan visi kami untuk mengglobalkan industri halal dan memperkenalkannya kepada pasaran baharu. Ekonomi halal telah berkembang jauh daripada makanan, kini merangkumi farmaseutikal, kosmetik, kewangan dan pelancongan.
“Pengembangan ini merujuk kepada nilai sejagat yang tertanam dalam halal, iaitu keadilan, etika dan keterangkuman yang menunjukkan halal adalah relevan kepada semua tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, peluang penting untuk rakan kongsi global Malaysia adalah untuk berada dalam taman halal di Malaysia yang memainkan peranan penting bagi ekosistem halalnya.
“Dengan memiliki 14 taman yang terletak di lokasi strategik seluas 80,937 hektar, taman halal ini berfungsi sebagai hab dinamik untuk perniagaan halal, menarik perbadanan multinasional dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
“Saya sangat mengalu-alukan anda semua untuk meneroka peluang ini dan menyertai kami di Malaysia, yang mana anda boleh melabur dalam ekosistem halal yang berkembang maju yang bersedia untuk pertumbuhan, inovasi dan kemampanan,” katanya.
Sementara itu, Reezal Merican berkata MATRADE optimis dengan kejayaan MIHAS@Dubai 2024 akan menjadi batu loncatan untuk peluang selanjutnya bagi menjalankan perniagaan dengan rakan sejawatannya di rantau ini, khususnya di Emiriah Arab Bersatu.
“Kami berhasrat untuk terus meningkatkan reputasi Malaysia sebagai hab halal global dan membina jambatan yang memupuk pertumbuhan bersama, kemampanan dan kemakmuran untuk industri kami yang berkembang maju,” katanya.
Selama lebih 20 tahun, beliau berkata MIHAS telah menjadi tonggak dalam memajukan industri halal Malaysia di pasaran domestik dan apabila ia melangkah ke pentas global, pameran itu menetapkan asas untuk pencapaian yang lebih besar dan kehadiran yang lebih kukuh untuk MIHAS di seluruh dunia.
“Saya juga merakamkan penghargaan ikhlas kepada 120 pembeli antarabangsa dan premium kami dari 20 negara dan kepada syarikat-syarikat Malaysia, kementerian dan agensi yang telah menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi pada pameran sulung MIHAS@Dubai 2024 ini.
“Sambil kita melihat masa depan, marilah kita terus bekerjasama, berinovasi dan membina perkongsian yang akan meningkatkan industri halal bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi untuk komuniti global,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.