Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAINJ MULA LAKSANA PROSES PEMULIHAN AKIDAH AHLI GISBH

DALAM NEGARA

MAINJ MULA LAKSANA PROSES PEMULIHAN AKIDAH AHLI GISBH

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid bercakap kepada pemberita selepas hadir Majlis Pembayaran Zakat dan Pembiayaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini. -BERNAMA

ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mula melaksanakan proses pemurnian dan pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Beliau berkata ia dilakukan menerusi pendekatan sukarela oleh individu yang terlibat dan juga penguatkuasaan undang-undang, dengan fokus utama untuk membawa kembali bekas ahli GISBH kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“MAINJ juga bersetuju bantu beri saraan bulanan kerana kita tahu selepas dikenakan tindakan, perniagaan mereka tidak lagi dapat diusahakan. Oleh itu, MAINJ jaga kebajikan keluarga individu terlibat termasuk beri bantuan persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembayaran Zakat, Pembiayaan Bantuan Zakat MAINJ dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAINJ dan Agrobank di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat MAINJ Datuk Nooh Gadot, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Hasrin Kamal Hashim.

Sementara itu Mohd Fared berkata fatwa berkaitan GISBH akan dikeluarkan MAINJ selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, dengan kertas kerja mengenainya sedang diperhalusi dan akan disemak Jabatan Mufti Johor sebelum dibawa ke mesyuarat MAINJ.

Sebelum ini Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading