Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TUNGGANG BASIKAL MAUT DIGILIS LORI

DALAM NEGARA

PELAJAR TUNGGANG BASIKAL MAUT DIGILIS LORI

MERU: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas digilis sebuah lori di persimpangan Persiaran Hamzah Alang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika mangsa yang berusia 13 tahun itu sedang menunggang basikal bersama rakannya.

“Mangsa yang dari Jalan Durian menghala ke Meru menunggang basikal keluar dari simpang tersebut menuju ke Jalan Persiaran Hamzah Alang sementara lori yang dipandu lelaki datang dari arah Kapar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Mangsa yang berasal dari Jalan Nenas mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Polis masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu dan pemandu lori terlibat telah dipanggil dan selesai dirakam keterangannya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading