Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT TENTERA INDONESIA TERHEMPAS KETIKA LATIHAN

DUNIA

PESAWAT TENTERA INDONESIA TERHEMPAS KETIKA LATIHAN

JAKARTA: Sebuah pesawat latihan G-36 Bonanza T-2503 milik Tentera Laut Indonesia (TNI AL) terhempas di lautan Selat Madura, Jawa Timur.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503. – Gambar Hiasan

JAKARTA: Sebuah pesawat latihan G-36 Bonanza T-2503 milik Tentera Laut Indonesia (TNI AL) terhempas di lautan Selat Madura, Jawa Timur.

Nahas berlaku pada Rabu sekitar 9.30 pagi waktu Indonesia barat dan lokasi kejadian telah dikesan namun nasib juruterbang serta pembantunya belum dapat dipastikan.

Pesawat itu terputus hubungan 10 minit selepas berlepas pada 8.45 pagi untuk melaksanakan latihan pertahanan udara, menurut kenyataan TNI AL.

Laporan media tempatan memetik komander penerbangan tentera laut, proses evakuasi pesawat yang berada pada kedalaman 15 meter di bawah permukaan laut sedang dilakukan.

Tujuh kapal perang dan penyelam pasukan komando laut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pada 18 Julai, sebuah pesawat latihan tempur T-50i Golden Eagle milik Tentera Udara Indonesia terhempas di kawasan pergunungan daerah Blora, Jawa Tengah, mengorbankan juruterbangnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading