Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR UNIVERSITI DISYAKI TIPU NGO, ORANG AWAM DIREMAN

DALAM NEGARA

PELAJAR UNIVERSITI DISYAKI TIPU NGO, ORANG AWAM DIREMAN

Difahamkan modus operandi pelajar terbabit adalah dengan memohon bantuan kewangan daripada NGO mahupun individu dengan mereka-reka cerita antaranya dia diugut ah long dan memerlukan bantuan untuk perubatan, selain menipu perlu membayar yuran pengajian universiti.

Sumber Gambar: BERNAMA

JITRA: Seorang pelajar lelaki sebuah universiti direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan orang awam dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Perintah reman terhadap pelajar berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semalam, wakil NGO dari Pulau Pinang Eng Hiap Boon mendakwa lebih 20 NGO di seluruh negara sudah menjadi mangsa penipuan pelajar itu namun tidak melaporkannya kerana pelajar itu mengugut untuk membunuh diri.

Difahamkan modus operandi pelajar terbabit adalah dengan memohon bantuan kewangan daripada NGO mahupun individu dengan mereka-reka cerita antaranya dia diugut ah long dan memerlukan bantuan untuk perubatan, selain menipu perlu membayar yuran pengajian universiti.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan pelajar lelaki itu kira-kira 4 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading