PELAJARI BAHASA ARAB UNTUK FAHAM AGAMA – PENDEBAT BAHASA ARAB TERBAIK DUNIA
Pendebat bahasa Arab terbaik dunia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan dan pendebat kedua terbaik Abdul Muizz Hasanulddin yang kedua-duanya dari Malaysia menyifatkan pembelajaran bahasa Arab adalah ruang yang baik untuk memahami agama Islam.
KUALA TERENGGANU: Pendebat bahasa Arab terbaik dunia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan dan pendebat kedua terbaik Abdul Muizz Hasanulddin yang kedua-duanya dari Malaysia menyifatkan pembelajaran bahasa Arab adalah ruang yang baik untuk memahami agama Islam.
Menurut Wan Amzar Izzuddin, salah satu cara untuk memahami agama Islam dengan lebih mendalam adalah dengan mempelajari bahasa Arab kerana kebanyakan teks ilmu agama Islam ditulis dalam bahasa Arab.
“Apabila kita pandai bahasa Arab, sekali gus kita boleh memahami agama kita sendiri kerana banyak pengajian-pengajian ilmu yang mana menggunakan bahasa Arab sebagai medium bahasa utama,” katanya kepada AlHijrah Online.
Tambah Wan Amzar Izzuddin, pentingnya mempelajari bahasa Arab adalah untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Sebaliknya, kata beliau, jika sekadar dibaca tanpa memahaminya, maka tidak banyak input yang diperolehi.
Malah menurut Wan Amzar Izzuddin, minatnya untuk mendalami ilmu Pengajian Islam juga menjadi salah satu faktor beliau mempelajari ilmu bahasa Arab.
“Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu Pengajian Islam yang mana kebanyakannya menggunakan teks-teks bahasa Arab menjadikan saya teruja untuk mendalami bahasa tersebut dan mendorong saya untuk menyertai pasukan debat bahasa Arab,” tambahnya.
Sementara itu, senada dengan Wan Amzar Izzuddin, Abdul Muizz melihat bahasa Arab sebagai bahasa yang sangat cantik dan mudah untuk difahami.
“Bahasa Arab merupakan bahasa yang sangat cantik, jika kita faham bahasa Arab maka kita akan mencapai objektif utama bahasa Arab iaitu untuk memahami agama kita.
“Walaupun kita bukan penutur jati dalam bahasa Arab, namun jika minat, kita mampu mendalami ilmu tersebut dengan sempurna,” katanya.
Tambah Abdul Muizz, memahami agama adalah bentuk ibadah yang mulia kerana melalui pengetahuan ini, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memahami perintah-Nya dengan lebih baik.
Sementara itu, kedua-dua pendebat berkenaan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi membolehkan mereka berentap di peringkat antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked