Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MAUT, BAPA PARAH DILANGGAR KERETA SEMASA PULANG DARI TADIKA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MAUT, BAPA PARAH DILANGGAR KERETA SEMASA PULANG DARI TADIKA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut semasa pulang dari tadika selepas motosikal ditunggang bapanya dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 16 Jalan Sua Betong-Air Kuning, Port Dickson, semalam.

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut semasa pulang dari tadika selepas motosikal ditunggang bapanya dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 16 Jalan Sua Betong- Air Kuning dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang melibatkan mangsa Muhammad Shaheizy Iman Muhammad Shazerein, 4, meninggal dunia di Zon Merah Hospital Port Dickson.

Sementara bapanya, Muhammad Shazerein mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu, kaki dan tulang belakang.

Katanya, penunggang motosikal itu dalam perjalanan pulang dari mengambil anaknya dari Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson sebelum dilanggar dengan sebuah kereta dipandu lelaki warga Singapura berusia 33 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Air Kuning menghala ke Sua Betong.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta berkenaan sedang memotong kenderaan di hadapannya lalu melanggar bahagian tepi kanan motosikal yang sedang membelok ke simpang kanan menghala ke Ladang Sua Betong,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Aidi Sham berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan selain saringan awal ujian air kencing negatif dan ujian pernafasan menunjukkan tiada kandungan alkohol dalam darah.

“Lelaki itu telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta saksi kejadian tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading