Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERANAK CEDERA KERETA DIHEMPAP POKOK TUMBANG

DALAM NEGARA

DUA BERANAK CEDERA KERETA DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon, Ipoh, hari ini. 

IPOH: Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Laluan Lapangan Permata 1, Taman Song Choon di sini hari ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.01 petang. 

Beliau berkata sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba, pihaknya mendapati kereta dinaiki dua beranak itu terperangkap di bawah pokok yang tumbang. 

Sabarodzi berkata mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun dan anaknya, 14, yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh anggota bomba.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah ke hospital swasta dengan kenderaan orang awam. Komander operasi telah memaklumkan kepada pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) untuk hadir ke lokasi kejadian bagi bantuan pemotongan pokok di lokasi,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memaklumkan operasi tamat pada 4.49 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading