Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHANTAR MAKANAN DISYAKI ROGOL ANAK TIRI SEJAK BERUSIA 13 TAHUN

DALAM NEGARA

PENGHANTAR MAKANAN DISYAKI ROGOL ANAK TIRI SEJAK BERUSIA 13 TAHUN

Seorang penghantar makanan ditahan polis selepas disyaki merogol dan mencabul anak perempuan tirinya sejak 2020.

Gambar fail.

AMPANG JAYA: Seorang penghantar makanan ditahan polis selepas disyaki merogol dan mencabul anak perempuan tirinya sejak 2020.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki berusia 30 tahun kira-kira jam 1.30 malam tadi di rumahnya selepas laporan dibuat suspek berusia 15 tahun itu.

Berdasarkan laporan, suspek mendakwa dirogol dan dicabul bapa tirinya jam 12.30 tengah hari, pada Januari 2020 di sebuah rumah kedai di Pandan Indah, di sini.

“Ketika kejadian itu mangsa baru berusia 13 tahun dan pada 7.30 petang, 28 Ogos lalu suspek sekali lagi cuba mencabul mangsa.

“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu pada jam 8 malam 30 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan ujian kencing negatif dadah.

Sementara itu, berdasarkan siasatan lanjut pihak polis, suspek menafikan merogol atau mencabul mangsa selain mendakwa anak tirinya mereka cerita kerana suspek tegas mendidik.

“Pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading