Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘KEMBAR’ P. RAMLEE, FAIRUZ MISRAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

‘KEMBAR’ P. RAMLEE, FAIRUZ MISRAN MENINGGAL DUNIA

Penyanyi yang mempunyai wajah seiras seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia hari ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mempunyai wajah seiras seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Pemergian Allahyarham pada usia 38 tahun itu dimaklumkan abang kandungnya, Ruzaidi Misran menerusi hantaran di Facebook.

“Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik disayangi, Fairuz Misran kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, adik perempuan Allahyarham, Sazlieyanti Misran memaklumkan Allahyarham mengalami sakit dada sebelum pengsan dan dibawa ke hospital di Labuan, Sabah, hari ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya selepas pemeriksaan dilakukan pihak hospital.

“Ramai bertanya mengenai penyebab arwah meninggal dunia. Alhamdulillah arwah pergi dengan senang, hanya sakit dada dan pengsan lalu dibawa ke hospital.

“Sesampai arwah di hospital, kami dikhabarkan arwah sudah tiada,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Allahyarham merupakan juara Bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading