Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESERTA RXZ MEMBERS 5.0 MAUT TERBABAS DI LPT2

DALAM NEGARA

PESERTA RXZ MEMBERS 5.0 MAUT TERBABAS DI LPT2

Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer (KM) 255.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini hari ini.

KEMAMAN: Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer (KM) 255.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi melibatkan mangsa Muhammad Luqman Misnan, 30, bersama dua lagi rakan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuantan menghala ke Gong Badak, Terengganu.

Katanya, mangsa berasal dari Banting, Selangor yang menaiki Yamaha RXZ meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Dalam kejadian yang sama, dua lagi rakan mangsa, Aswade Ahmad, 36, dari Felda Kemasul, Triang, Pahang, patah tangan kiri dan kaki kanan sementara Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan patah tangan kiri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar dua buah lagi motosikal yang berhenti di bahu kiri jalan menyebabkan ia terseret sejauh 37.5 meter.

“Kita dapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai lesen memandu manakala dua lagi tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian manakala mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Kuantan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading