Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
PUTRAJAYA: Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
Merasmikan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap NCD.
“Hampir 50 peratus tidak mengetahui mereka menghidapi NCD dan ini membawa kepada peningkatan risiko mendapat komplikasi jika tidak mendapatkan rawatan awal,” katanya.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seorang daripada dua dewasa di negara mempunyai berat badan berlebihan dan obes, dan golongan tertinggi mengalami masalah tersebut adalah wanita iaitu 54.7 peratus serta individu berusia 55 hingga 59 tahun iaitu 60.9 peratus.
Menurut tinjauan itu juga, seorang daripada empat dewasa di negara ini juga tidak aktif fizikal, dan golongan yang paling tidak aktif ialah wanita iaitu 28 peratus, pelajar 39 peratus dan warga emas 59 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati tahap literasi kesihatan yang rendah dalam pembudayaan hidup sihat rakyat seperti tidak aktif secara fizikal ialah 25.1 peratus, tidak cukup makan sayur dan buah mengikut saranan (94.9 peratus) serta amalan merokok (23.1 peratus), katanya.
Lukanisman berkata pelaksanaan BMSS yang diperkenalkan menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) diharapkan dapat meningkatkan kesedaran rakyat agar dapat bertindak untuk mengubah tingkah laku kepada amalan yang sihat.
BMSS yang disambut pada bulan September setiap tahun selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) untuk beralih fokus sedang melakukan transformasi sistem kesihatan negara daripada sick care atau penjagaan pesakit kepada health care (penjagaan kesihatan) dan kesejahteraandengan menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat selari dengan hasrat Kertas Putih Kesihatan, katanya.
“Peningkatan penyakit akibat pembudayaan hidup tidak sihat oleh rakyat Malaysia memberi tekanan kepada sistem kesihatan dan perbelanjaan negara,” katanya.
Terdahulu, Lukanisman secara simbolik merasmikan pelepasan Kembara Sekolah bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying sebagai manifestasi kolaborasi rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Suraiya Syed Mohamed ketika ditemui berkata pelbagai program akan dilaksanakan untuk meningkatkan literasi kesihatan bermula dari peringkat sekolah.
“Sebanyak 136 sekolah akan terlibat dalam Kembara Sekolah yang akan menjalankan aktiviti yang menjurus kepada penjagaan kesihatan. Pada tahun ini kita juruskan kepada murid-murid sekolah kerana mereka mudah dibentuk,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager