Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELANTAN HADIAHKAN BANGLO KEPADA JOHAN QARI ANTARABANGSA MUHAMMAD QAYYIM

DALAM NEGARA

KELANTAN HADIAHKAN BANGLO KEPADA JOHAN QARI ANTARABANGSA MUHAMMAD QAYYIM

Hadiah tersebut bagi menghargai jasa Muhammad Qayyim setelah mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menghadiahkan sebuah banglo kepada Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hadiah tersebut bagi menghargai jasa Muhammad Qayyim setelah mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa.

Banglo yang bernilai RM428,500 itu dijangka akan dibina di Tanah Merah dan akan diberikan kepada Muhammad Qayyim dalam masa terdekat.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan negeri Kelantan menyediakan sebuah rumah banglo kepada johan Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa iaitu kepada Muhammad Qayyim Nizar.

“Nilai harga rumah banglo tersebut ialah RM428,50,” katanya pada akhir Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim di sini, pada Khamis.

Muhammad Qayyim sebelum ini muncul juara bagi kategori lelaki pada MTHQA ke-63 dengan catatan markah 94.96 peratus.

Muhammad Qayyim memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading