Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELIHARA MARUAH DIRI SERTA AGAMA ISLAM – MUFTI WP

DALAM NEGARA

PELIHARA MARUAH DIRI SERTA AGAMA ISLAM – MUFTI WP

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihati agar sentiasa memelihara maruah diri masing-masing terutamanya menjadi lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada khalayak ramai.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata pihaknya memandang serius terhadap isu transgender serta isu keluar dari agama Islam kerana bimbang umat Islam keliru lalu menganggap perkara tersebut satu kelaziman dalam masyarakat.

“Segelintir masyarakat mula berasa keliru dengan beranggapan bahawa kedua-dua perbuatan (transgender dan keluar dari agama Islam) adalah normal serta tidak menyalahi agama.

“Ia sekaligus dibimbangi akan membuka pintu-pintu keburukan yang lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambahnya, Islam menetapkan setiap percakapan yang mengundang keburukan sama ada ke atas diri sendiri ataupun orang lain, akan dinilai sebagai satu dosa di sisi Allah.

Beliau turut meminta orang ramai menghormati norma masyarakat di negara ini dengan sentiasa memelihara tatasusila serta kesopanan dalam perbezaan gender di antara lelaki dan wanita.

Sebelum ini, tular di media sosial pengakuan secara terbuka oleh salah seorang artis tempatan yang mendakwa dirinya merupakan seorang transgender malah bangga menjadi seorang pondan.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pula membuat luahan dan memberi gambaran seolah-olah mahu keluar dari Islam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading