PELUNCUR UDARA MAUT TERHEMPAS PADA CERUN KONKRIT

KOTA KINABALU: Seorang peluncur udara maut setelah terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu yang masih dalam siasatan pihak polis.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I┬ádan kes pada masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — AlHijrah Online

Leave a Reply