Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PELAJAR UNIKL MATI LEMAS DI SUNGAI CHILING PERETAK

DALAM NEGARA

DUA PELAJAR UNIKL MATI LEMAS DI SUNGAI CHILING PERETAK

Dua pelajar Universiti Kuala Lumpur ditemukan lemas ketika bermandi-manda di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Baharu, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Kuala Lumpur ditemukan lemas ketika bermandi-manda di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Baharu, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa terlibat ialah Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan yang masing-masing berusia 21 tahun.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 12 tengah hari tadi.

Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 21 minit kemudian dan mendapati mangsa pertama telah dibawa naik oleh orang awam dan pihak bomba memberi bantuan pertolongan kecemasan.

“Mangsa kedua dijumpai oleh anggota bomba yang melakukan pencarian di kawasan kejadian pada pukul 12.45 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading