Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TLDM SIASAT INSIDEN BOT TEMPUR BERLANGGAR SEWAKTU DEMONSTRASI

DALAM NEGARA

TLDM SIASAT INSIDEN BOT TEMPUR BERLANGGAR SEWAKTU DEMONSTRASI

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian pelanggaran bot tempur semasa Hari Terbuka Armada (HTA2022) semalam.

IPOH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian pelanggaran bot tempur semasa Hari Terbuka Armada (HTA2022) semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku ketika sebuah bot tempur TLDM telah hilang kawalan dan terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah sewaktu melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut.

@beritaalhijrah114

Insiden berlaku ketika bot tempur TLDM hilang kawalan dan terlanggar KD Laksamana Tan Pusmah sewaktu melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #tldm #tenteralautdirajamalaysia #bot #bottempur

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

“Insiden kira-kira 11.30 pagi tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1m dan Bot Tempur kemek di bahagian haluan. 

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden ini. Insiden juga tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Sambutan HTA22 sedang berlangsung bermula semalam hingga esok di Pangkalan TLDM Lumut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading