Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU BAS DIDAKWA CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN

DALAM NEGARA

PEMANDU BAS DIDAKWA CABUL KANAK-KANAK PEREMPUAN

IPOH: Seorang pemandu bas sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada 2019.

Tertuduh, K. Ravichandran berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, Ravichandran didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan itu semasa dalam perjalanan dari sekolah ke rumah.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu di atas motosikal di taman Pinji Ria, di sini, kira-kira jam 1.25 petang pada 6 Ogos 2019.

Suspek turut didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.

Tertuduh akan diletakkan di bawah pengawasan polis tidak lebih daripada tiga tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September depan bagi sebutan semula kes.—AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading