TIGA ORANG MAUT DALAM KEBAKARAN HUTAN TURKI

Sumber Gambar: AFP

ANKARA: Tiga orang dilaporkan maut manakala lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran hutan di wilayah Antalya, selatan Turki.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran yang berlaku selepas disyaki akibat perbuatan khianat.

Dalam masa yang sama, ribuan anggota bomba dikerahkan memadam kebakaran yang melanda di kawasan terbabit.

Pejabat kecemasan dan bencana Turki melaporkan seorang warga emas berusia 82 tahun antara tiga mangsa yang terbunuh dalam kebakaran itu.

Sumber Gambar: AFP

Lapor AFP, kebakaran berlaku di sebuah kawasan yang terletak 75 kilometer ke timur Antalya, yang merupakan tempat peranginan yang popular dalam kalangan pelancong.

Bagaimanpun, keadaan menjadi lebih teruk apabila api terus marak sehingga merebak menghampiri kawasan pantai yang dipenuhi hotel dan resort.

Beberapa perkongsian gambar dan video di media sosial menunjukkan orang awam berlari menyelamatkan diri dengan meredah jalan yang penuh dengan kepulan asap tebal.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata siasatan ke atas kejadian tersebut telah dijalankan.

“Segala sokongan yang diperlukan akan diberikan kepada warganegara kita yang mengalami kebakaran,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply