Lelaki berusia 38 tahun yang juga pemandu gantian digaji sebuah syarikat bas ekspres di terminal berkenaan ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal ujian saringan urin kira-kira 9.30 malam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff (kanan) memeriksa dokumen perjalanan bas ekspres dalam operasi penguatkuasaan sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral. Sumber Gambar: BERNAMA
MELAKA: Seorang pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata lelaki berusia 38 tahun yang juga pemandu gantian digaji sebuah syarikat bas ekspres di terminal berkenaan ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal ujian saringan urin kira-kira 9.30 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.
“Tindakan segera telah dilakukan pihak syarikat bas ekspres berkenaan dengan menukar pemandu lain bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi mereka mengikut jadual perjalanan ditetapkan dengan selamat.
“Pemandu tersebut juga adalah individu dalam pengawasan AADK di Kedah atas kesalahan dadah dan dimaklumkan datang ke Melaka untuk menggantikan pemandu syarikat bas ekspres terlibat,” katanya kepada pemberita di Terminal Bas Melaka Sentral di sini lewat malam tadi.
Muhammad Firdaus berkata sebanyak 122 pemandu bas ekspres dan 326 bas ekspres di terminal berkenaan telah diperiksa serta sebanyak 53 slip pemeriksaan bas telah dikeluarkan bagi memastikan kenderaan selamat digunakan khususnya dari aspek keselamatan tayar dalam operasi dijalankan pada 26 April hingga Khamis (5 Mei).
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 37 pemandu dikenakan tindakan mahkamah kerana melakukan lima kesalahan sepanjang tempoh operasi berkenaan dijalankan di negeri itu.
Katanya, daripada jumlah itu, 22 pemandu dikenakan tindakan mahkamah kerana melanggar lampu merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu (enam orang), memotong barisan (lima orang) dan memandu di lorong kecemasan (empat orang).
“Sebanyak 28 kompaun juga dikeluarkan sepanjang tempoh operasi tersebut iaitu 13 kompaun kerana tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, membawa lebih muatan (14 kompaun) dan membawa muatan dalam keadaan bahaya (satu kompaun).
“Kita juga telah mengeluarkan 203 notis atas pelbagai kesalahan dan empat kenderaan iaitu tiga motosikal dan satu kereta telah disita. Dua daripada kenderaan itu disita kerana kerana lesen kenderaan motor dan insuran telah tamat tempoh manakala dua lagi kenderaan disita kerana dipandu warga asing,” katanya.
Beliau berkata dalam operasi yang dijalankan sehingga Khamis itu, sebanyak 944 kenderaan telah diperiksa dan 174 daripadanya telah diambil tindakan lanjut atas pelbagai kesalahan.
Sementara itu, katanya pengusaha bas yang menggunakan bas tambahan diingatkan supaya memastikan bas tersebut telah mendapat permit atau lesen perubahan sementara (LPS) daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka gagal mematuhinya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked