PEMANDU MAUT, BERTEMBUNG ANTARA DUA TRELER

Kredit: JBPM Pahang

KUANTAN: Seorang pemandu maut selepas treler yang membawa muatan papan bertembung dengan treler muatan paip di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin pada kilometer 111.3, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata mangsa Ahmad Ridzuan Usman, 37, dari Kampung Rekoh Baru, Bandar Tun Razak maut di tempat kejadian.

Menurut laporan yang diterima, kemalangan jam 5 pagi berlaku ketika treler yang dipandu Ahmad Ridzuan dalam perlawanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Apabila tiba di tempat kejadian ketika melalui selekoh, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan kanan treler yang dipandu lelaki berusia 55 tahun.”

“Mengenai kejadian tersebut, muatan paip daripada treler jatuh dan menghempap kepala treler yang dipandu mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.”

“Pemandu treler yang membawa muatan paip luka di tangan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan yang berlaku pada jam 5.16 pagi.

Susulan kejadian itu, sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah terbabit dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan.–AlHijrah Online

Leave a Reply