SEJARAH TERCIPTA, WARTAWAN BACA KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HAWANA 2023
Ia susulan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada pengamal media di negeri ini untuk diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid bersempena sambutan HAWANA 2023.
Penerbit Rancangan RTM Perak Mohd Fahmi Mohd Nor, 30, membaca khutbah Jumaat sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh hari ini. –AlHijrah Online
IPOH: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di sini tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali pengamal media diberi peluang membaca khutbah Jumaat di tiga masjid di negeri Perak.
Ia susulan perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada pengamal media di negeri ini untuk diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid bersempena sambutan HAWANA 2023.
Ketua Wartawan Sinar Harian Perak Saifullah Ahmad, 38, yang berasal dari Bagan Datuk berkata beliau terharu kerana ia merupakan pengalaman pertama seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang lebih 15 tahun berada dalam kerjaya kewartawanan, dan menganggap peluang itu sebagai satu pengiktirafan tertinggi buat pengamal media di negara ini.
Saifullah berkata penghargaan juga harus diberikan kepada seluruh petugas media yang menjadi barisan hadapan dalam menyampaikan berita sahih kepada masyarakat kerana mereka telah berkorban tenaga, fikiran, masa dan harta benda demi menyajikan maklumat tepat kepada orang ramai.
“Tanggungjawab (umat Islam) sebagai penyampai berita kepada masyarakat ini harus dibuat secara bertanggungjawab berlandaskan nilai-nilai Islam agar pekerjaan yang dilakukan diterima sebagai ibadah dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak Muhamad Fahmi Mohd Nor, 30, yang berasal dari Bota berkata dia berulang kali menyemak teks khutbah yang disediakan, selain merujuk beberapa ustaz sebagai persediaan bagi memastikan penyampaian isi kandungan khutbah Jumaat berkenaan berjalan lancar.
“Ini pastinya pengalaman paling berharga dalam hidup kerana bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini. Apabila diberikan pentas seperti ini, saya ambilnya sebagai amanah mewakili jabatan dan pengamal media dari seluruh negara supaya masyarakat dapat memahami peranan dan cabaran yang dihadapi wartawan,” katanya.
Sementara itu Editor Rencana Agama dan Sastera Berita Harian Mohd Nazmi Yaakub yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata pengalaman hari ini adalah yang kali pertama bagi dirinya membacakan teks khutbah Jumaat di hadapan jemaah masjid.
“Sebenarnya apabila dah naik ke tangga mimbar, saya hanya berserah kepada Allah SWT sahaja. Kita laksanakan tugas (baca teks khutbah Jumaat) bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi juga untuk sahabat pengamal media yang lain dan masyarakat,” katanya.
Saifullah membaca khutbah Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, manakala Muhamad Fahmi di Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh, sementara Mohd Nazmi di Masjid Negeri (Masjid Sultan Idris Shah II).
Sementara itu, menurut teks khutbah bertemakan ‘Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam’ itu, wartawan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan secara jujur, ikhlas, dan berpandukan adab berlandaskan nilai Islam, antaranya bersikap terbuka, adil, saksama, seimbang serta tidak memfitnah agar pekerjaan mereka diterima sebagai ibadah.
Wartawan juga perlu menyaring maklumat diterima dengan maksud menyemak dan mengesahkan kesahihan maklumat, seperti yang diamalkan oleh para sarjana hadis ketika meriwayatkan sesuatu hadis dengan memastikan sumber serta kesahihannya.
“(Wartawan) Mengambil tanggungjawab untuk sama-sama membantu membangunkan sebuah negara yang aman lagi makmur, merdeka dan berdaulat, rakyatnya teguh bersatu, kukuh berpadu, hidup secara rukun dan damai dalam semangat muhibah serta saling hormat-menghormati meskipun berlainan pegangan agama dan berlatar belakangkan pelbagai kaum,” menurut teks khutbah itu.
Sambutan HAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh dari 27 hingga 29 Mei ini dengan mengangkat tema “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.
Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked