Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN RASUAH LIBATKAN PROJEK PETRONAS DISIASAT – SPRM

DALAM NEGARA

DAKWAAN RASUAH LIBATKAN PROJEK PETRONAS DISIASAT – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

SPRM dalam kenyataan hari ini mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan berkenaan seperti yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini.

“Pihak Petronas memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM,” kata suruhanjaya itu.

Laporan portal itu mendakwa Petronas dikatakan ‘memberi’ hampir RM400 juta kontrak terhadap sebuah syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.

Laporan itu turut meminta SPRM menyiasat jika ada salah laku melibatkan kepimpinan tertinggi Petronas.

SPRM berkata setakat ini pihaknya telah menemui beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu berkenaan serta telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan.

SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu berkenaan untuk tampil menyalurkan kepadanya bagi siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading