Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI DITAHAN TIPU IMPORT EKSPORT KAKI AYAM SEJUK BEKU

DALAM NEGARA

DUA LELAKI DITAHAN TIPU IMPORT EKSPORT KAKI AYAM SEJUK BEKU

Polis menahan seorang pengarah syarikat dan rakannya bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan tawaran perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku membabitkan kerugian RM207,832.23, semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

BALIK PULAU: Polis menahan seorang pengarah syarikat dan rakannya bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan tawaran perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku membabitkan kerugian RM207,832.23, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kedua-dua lelaki itu iaitu pengarah syarikat berumur 60 tahun dan rakannya, 46, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini semalam.

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun yang mendakwa telah diperdaya oleh sebuah syarikat menawarkan perkhidmatan import dan eksport kaki ayam sejuk beku seberat 26,400 kilogram dari Pakistan ke Hong Kong pada 2021.”

“Dengan penahanan dua lelaki itu, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata mereka kini direman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading