Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN DUA LELAKI MABUK KELUAR KATA-KATA KESAT PADA ANGGOTA POLIS

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN DUA LELAKI MABUK KELUAR KATA-KATA KESAT PADA ANGGOTA POLIS

Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pada awalnya orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta yang mencurigakan kerana diletakkan di tengah jalan pada pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata anggota peronda polis (MPV) yang membuat pemeriksaan kemudian mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 30-an sedang tidur di dalam kereta itu.

“Bagaimanapun, seorang daripada lelaki terbabit yang berada di bahagian penumpang belakang telah bertindak keluar dari kereta dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota MPV.”

“Kedua-dua lelaki itu ditahan dan seorang daripadanya didapati tidak mempunyai kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah, manakala seorang daripadanya pernah ditahan membabitkan kes kongsi gelap.

Beliau berkata permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.–AlHijrah Online

 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading