PERMINTAAN DURIAN BERKURANGAN AKIBAT CUACA PANAS BERPANJANGAN – PEKEBUN
Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu.
Pemilik dusun durian 8321, Yeap Gaun Fong, 45, menunjukkan isi buah durian yang dikutip di dusunnya. fotoBERNAMA
BALIK PULAU: Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu, kata pengusaha dan pemilik 8321 Durian Plantation Yeap Gaun Fong.
Yeap, 45, berkata hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.
“Semasa pokok durian berbunga, terdapat gugusan putik durian, tetapi cuaca panas menyebabkan putik durian ini gugur.
“Cuaca panas menyebabkan orang kurang makan durian. Ramai pembeli datang, tetapi mereka hanya membeli sebiji atau dua biji buah…mereka tak berani nak makan durian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut beliau, harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang.
Yeap, yang memiliki enam ladang durian di seluruh Pulau Pinang, menambah bahawa berlaku kira-kira 50 peratus penurunan harga durian musim ini berbanding tahun lepas.
“Dua minggu lalu, saya menjual durian Musang King gred A pada harga RM75 sekilogram (kg) dan kini hanya RM50 sekilogram… Durian Udang Merah pada mulanya dijual pada harga RM50 sekilogram, dan kini hanya RM35 sekilogram… manakala durian kampung kini dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini,” katanya.
Memandangkan musim durian baru bermula tiga minggu lalu, beliau berkata sukar untuk diramal sama ada musim ini memberi untung atau sebaliknya.
“Kami perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir musim untuk mengetahui sama ada kami dapat untung atau rugi kali ini. Mungkin terdapat peningkatan permintaan semasa cuti sekolah minggu depan,” tambahnya.
Ladang Durian 8321 dan gerai tepi jalan milik beliau terletak di Jalan Teluk Bahang dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests