Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MAUT LANGGAR LORI BAWA MUATAN TEMBIKAI DI KAMUNTING 

DALAM NEGARA

PEMANDU MAUT LANGGAR LORI BAWA MUATAN TEMBIKAI DI KAMUNTING 

Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi. 

Sumber: JBPM Perak

IPOH: Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi. 

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata bomba menerima panggilan pada 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian. 

“Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan. 

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.52 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading