PASANG JALUR GEMILANG DENGAN KUKUH ELAK RISIKO KESELAMATAN – DR ZALIHA
Orang ramai dinasihatkan supaya memasang Jalur Gemilang dengan kukuh, khususnya pada kenderaan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya memasang Jalur Gemilang dengan kukuh, khususnya pada kenderaan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata aspek keselamatan awam perlu diberi keutamaan ketika orang ramai bersemangat untuk menzahirkan rasa cinta dan hormat terhadap bendera negara sempena sambutan Hari Kebangsaan.
“Nasihat saya, apabila kita meletakkan ataupun mengibarkan Jalur Gemilang, khususnya pada kenderaan, ia perlu dipasang dengan kukuh. Ini bukan sahaja penting dari sudut menghormati Jalur Gemilang, tetapi juga demi keselamatan awam.
“Kita bimbang kalau bendera berterbangan (tercabut), ia boleh terkena kenderaan lain, menutup pandangan pemandu dan seterusnya mendatangkan bahaya di jalan raya,” katanya kepada media selepas menyempurnakan sesi penyerahan dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Menara Seri Wilayah di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.
Dr Zaliha berkata pengibaran Jalur Gemilang bukan sekadar rutin tahunan tetapi simbol penyatuan rakyat melangkaui bangsa, agama dan latar belakang.
“Ia cerminan jati diri rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara. Semoga semangat ini terus diperkukuh dalam usaha kita membina Malaysia MADANI yang lebih makmur dan harmoni,” katanya.
Majlis hari ini menyaksikan sebanyak 25 kenderaan rasmi pelbagai agensi termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Pusat Pencegahan Jenayah Nasional, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan, Askar Wataniah Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia menyertai pemasangan Jalur Gemilang.
Selain itu, sebanyak 700 Jalur Gemilang bendera turut diagihkan pada pagi ini.
Dr Zaliha berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang tahun ini yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, dilancarkan pada 27 Julai lepas di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, terus mendapat sambutan menggalakkan.
“Di Wilayah Persekutuan sahaja, lebih 70,000 Jalur Gemilang telah dikibarkan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, melepasi sasaran awal yang ditetapkan. Bendera dipasang di jalan-jalan protokol, kawasan awam, perumahan serta di kenderaan jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.
Beliau turut menggalakkan warga Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, tempat kerja dan ruang awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests