Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEGUAM KELUARGA ZARA QAIRINA MOHON PENDAKWAAN LIMA REMAJA DITANGGUHKAN, MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

DALAM NEGARA

PEGUAM KELUARGA ZARA QAIRINA MOHON PENDAKWAAN LIMA REMAJA DITANGGUHKAN, MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon agar pendakwaan terhadap lima remaja yang akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan susulan kes buli pelajar tingkatan satu itu tangguhkan.

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir memohon agar pendakwaan terhadap lima remaja yang akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan susulan kes buli pelajar tingkatan satu itu tangguhkan.

Berdasarkan satu kenyataan, permohonan dibuat kerana pasukan peguam mahu suspek yang terlibat didakwa dengan pertuduhan yang lebih berat.

“Kami mahu mereka dituduh dibawah Seksyen 507D(2) yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat.

“Jika keterangan sedia ada belum mencukupi untuk mensabitkan mereka di bawah seksyen tersebut, siasatan lanjut perlu dilakukan bagi membolehkan pendakwaan dijalankan mengikut peruntukkan itu,” menurut kenyataan pasukan peguam.

Difahamkan pasukan peguam bimbang, sekiranya pendakwaan dibawah Seksyen 507C(1) diteruskan dan semua tertuduh mengaku bersalah, sebarang penemuan baharu hasil inkues atau siasatan lanjut tidak lagi boleh digunakan untuk mendakwa mereka terlibat dengan kesalahan yang lebih berat.

“Pihak kami telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara pagi ini melalui emel untuk memohon pertimbangan semula terhadap bentuk pertuduhan yang akan dikenakan,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan lima individu dijangka didakwa berkaitan kes buli pelajar tingkatan satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada Rabu ini.

Pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading